Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas |
Bahan-bahan:
✔300 gram rebung
✔250 gram udang
✔3 batang serai - diketuk
✔3 helai daun kunyit - disiat
✔1 keping asam keping
✔1 liter santan cair
✔1 biji santan
✔Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan dikisar :
✔20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
✔Setengah inci kunyit hidup
✔8 biji bawang merah
✔6 ulas bawang putih
Cara-cara penyediaannya:
1. Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan.
2. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak.
4. Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
5. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment