RESEPI SUP AYAM

Sup Ayam

Bahan-bahan:

✔500 gm ayam - dipotong kecil dan dicuci bersih
✔1/2 batang lobak merah - di potong memanjang lebih kurang 1 inci
✔2 biji kentang - dipotong baji
✔1 biji tomato - dibelah 4
✔Daun sup dan daun bawang - dimayang halus
✔1 batang kulit kayu manis
✔2 kuntum bunga lawang
✔3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga

Bahan-bahan dikisar:

✔3 ulas bawang putih
✔3 ulas bawang merah
✔3 biji buah keras
✔1 sudu kecil jintan manis - disangai dahulu
✔1 sudu besar lada hitam
✔1 sudu kecil serbuk ketumbar
✔1 sudu kecil jintan putih - disangai dahulu

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar.

3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih.

4. Bila sup dah mula mendidih masukkan lobak merah dan kentang.

5. Masak hingga empuk. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Taburkan daun sup dan daun bawang apabila hendak menghidang.

Selamat mencuba...

Comments