RESEPI AYAM MASAK BUTTER

Ayam Masak Butter

Bahan bahan:

✔2 keping ayam (boneless) - dipotong kecil
✔2 sudu besar butter
✔1 sudu besar cili merah - dicincang
✔2 chili padi - dicincang
✔1 pelepah daun kari
✔Beberapa keping cheese
✔230 ml susu cair
✔Secubit serbuk perasa ayam Knorr
✔Garam
✔Serbuk lada hitam

Bahan-bahan perap:

✔1 sudu kecil garam
✔1/2 sudu besar sugar
✔2 sudu kecil serbuk kari
✔1 sudu besar tepung gandum
✔1 telur

Cara cara:

1. Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

3. Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya. Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Selamat mencuba...

Comments