Ayam Masak Sambal Kicap |
Bahan;bahan:
✔10 ketul ayam - digoreng garing
✔Cili kering mesin 2 camca
✔Bawang putih 5 diketuk
✔4 bawang merah - dimayang
✔Halia 2 inci - dimayang
✔Asam jawa 1camca
✔Gula 2 camca
✔Kicap kipas udang manis
✔Serbuk perasa
✔Bawang besar 2 biji - dipotong bulat
✔Sos tiram 1 camca
✔3 batang kulit kayu manis
✔3 biji bunga lawang
✔5 biji buah pelaga
✔5 biji bunga cengkih
✔Minyak masak 1/2 cawan
✔Sedikit serbuk perasa
✔1camca tepung jagung - dibancuh dengan 1/4 cawan air
Cara-cara penyediaannya:
1. Goreng ayam. Panas kuali , guna minyak yang goreng ayam tadi 1/2 cawan. Bila minyak dah panas masukkan bawang, halia dan rempah 5 sekawan.
2. Bila bawang dah garing wangi, masukkan kicap, sos tiram. Bila dah didih masukkan air asam jawa, gula, serbuk perasa gaul sehingga sebati dan kacau. Biarkan 2-3 minit biar pekat sedikit.
3. Bila kuah dah pekat masukkan ayam yang dah digoreng, balik-balikkan ayam supaya semuanya bersalut ngan kuah kicap tadi.
4. Kacau dan masukkan serbuk perasa dan potongan bawang besar. Biar sekejap 2-3 minit supaya kuah dapat meresap dalam ayam sepenuhnya.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dikacau dan sebatikan. Biar kuah pekat dan kental.
6. Bila dah pekat likat dan kental tutup api.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment