Sambal Tauhu Jepun |
Bahan-bahan:
✔3 bungkus tauhu jepun
✔10 tangkai cili kering - dibuang biji dan direndam dalam air panas
✔1 biji bawang besar
✔1 genggam ikan bilis
✔1 asam keping
✔Garam dan gula secukup rasa
✔Minyak untuk menumis
✔Sedikit daun bawang dan daun sup - dipotong halus
Cara-cara penyediaannya:
1. Tauhu jepun dipotong 6 setiap sebatang dan goreng sampai garing.
2. Kisar cili kering, bawang dan ikan bilis.
3. Dalam minyak yang goreng tauhu tadi, tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan asam keping, garam dan gula.
5. Masukkan pula tauhu yang dah goreng dan kacau. Tabur daun bawang dan daun sup, siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba...
CANTIK PIC TU ...Masak kat umah kiter yer... :-(
ReplyDelete