Tauhu Goreng Singapura |
Bahan-bahan:
✔4 keping tauhu saiz besar
✔Taugeh secukupnya - dibuang ekor, dicelur sekejap dan ditoskan
✔Timun secukupnya - dihiris halus memanjang
✔Sengkuang secukupnya - dihiris halus memanjang
✔Hirisan cili padi merah untuk hiasan
Bahan-bahan kuah kacang:
✔1 cawan kacang tanah - ditumbuk kasar
✔1/4 cawan jus asam jawa
✔2 camca besar penuh kicap pekat
✔1 camca besar kicap cair
✔2 camca besar penuh gula
✔1 camca besar cili kisar
✔8 biji cili padi merah siam - ditumbuk halus
✔2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
✔1/3 cawan air panas
Cara-cara penyediaannya:
Untuk kuah kacang:
1. Masukkan cili kisar, cili padi tumbuk, bawang putih tumbuk, kicap pekat dan gula ke dalam mangkuk.
2. Kacau rata hingga gula hancur. Tambah kacang tanah tumbuk dan gaul rata.
3. Tuang air panas dan jus asam jawa, masukkan kicap cair dan kacau rata.
4. Rasa dan jika ok, ketepikan.
Untuk tauhu:
1. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tauhu dicuci, kemudian lap kering.
2. Tabur sedikit garam halus pada tauhu tadi. Kemudian goreng terendam dalam minyak panas.
3. Goreng hingga kelihata kekuningan pada semua bahagian, angkat dan toskan. Biar sejuk.
Untuk tauhu goreng Singapura:
1. Ambil sekeping tauhu goreng yang telah sejuk. Potong kepada 9 bahagian. Taruk dalam pinggan sesuai.
2. Masukkan atasnya hirisan sengkuang, timun dan taugeh.
3. Masukkan kuah kacang secukupnya dan hias dengan cili padi hiris, jika suka. Hidangkan segera.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment