Udang Goreng Telur Masin |
Bahan-bahan:
✔500gram udang segar
✔1/2 cawan tepung jagung
✔1/2 sudu teh lada sulah
✔2 biji telur masin - guna yang kuningnya sahaja
✔3 sudu besar udang kering - direndam dan cincang halus
✔2 tangkai daun kari
✔4 biji cili padi - dipotong kecil
✔2 ulas bawang putih - dicincang
✔2 sudu minyak masak
✔60gm mentega
Bahan-bahan perencah:
✔1 sudu besar gula pasir
✔1/2 sudu teh garam
✔1/2 sudu teh kiub ayam maggi
Cara-cara penyediaanya:
1. Cuci udang, keringkan. Campur tepung jagung dengan serbuk lada sulah, gaulkan dengan udang tadi.
2. Panaskan minyak masak, goreng udang yang di gaul tepung tadi selama lebih kurang 1 minit sehingga kulitnya garing. ketepikan.
3. Kukus telur masin (yang kuning sahaja) selama 5minit, dan hancurkan ketika masih panas.
4. Di dalam kuali lain masukkan 2 sudu minyak masak, tumis bawang putih, udang kering, cili padi dan daun kari sehingga wangi. Masukkan mentega dan kacau sebentar. Bila mentega telah cair, masukkan telur masin dan kacau sebentar.
5. Masukkan udang yang di goreng tadi beserta perencah, kacau lagi hingga udang sebati. Bolehlah di angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment