RESEPI AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK

Ayam Masak Gulai Tempoyak

Bahan-bahan:

✔1/2 ekor ayam kampung muda - potong lima
✔15 biji cili padi - kisar
✔2 biji bawang merah - kisar
✔2 1/2 cm kunyit hidup - kisar
✔3 batang serai - ketuk
✔3 sudu makan tempoyak
✔Garam kasar secukup rasa
✔ 2 tangkai daun kesum
✔750ml air

Cara-cara penyediaannya:

1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.

2.Selepas itu masukkan air dan serai. Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.

3.Masukkan ayam, daun kesum dan garam secukup rasa.

4.Masak sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba...

Comments