RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG STYLE

Char Kuey Teow Penang Style



Bahan-bahan:

✔500g kueyteow jenis kecil
✔300g udang
✔200g kerang
✔150g taugeh
✔100g kucai
✔1 biji bawang merah - dikisar
✔2 biji bawang putih - dikisar
✔1 sudu cili giling
✔4 sudu sos char kuey teow
✔3 biji telur
✔Air rebusan udang
✔Garam secukup rasa


Bahan-bahan kicap paste:

✔200 gm udang
✔250 ml air
✔4 biji bawang putih - dikisar
✔6 sudu besar sos tiram
✔3 sudu kecil kicap pekat
✔3 sudu besar kicap manis
✔1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
✔2 sudu kecil garam
✔1 sudu makan gula

Bahan-bahan sampingan:

✔Cili jeruk
✔Cili Merah - dihiris
✔Bawang Goreng

* Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.

Cara-cara penyediaannya:

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.

2. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat.

3. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

4. Tumis bahan tumisan hingga bau wangi. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos char kueyteow dan kacau.

5. Masukkan udang, kerang dan gaul sehingga rata.

6. Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak-agak nak masak.

7. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya dan perasakan dengan garam. Gaul dan terus angkat.

8. Hidangkan terus agar char kuey teow tidak kembang dan untuk rasa yang lebih nikmat.

Selamat mencuba...

Comments

Post a Comment