RESEPI NASI AYAM PLANTA

Nasi Ayam Planta

Bahan-bahan ayam:

✔1 ekor ayam - dipotong 10
✔3 sudu besar kicap pekat
✔1 senduk kicap manis
✔1/2 senduk gula
✔1 kiub ayam
✔3 sudu minyak bijan
✔3 biji bawang putih - dikisar
✔5 inc halia - dikisar

Cara-cara penyediaannya:

1. Rebus ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih hingga empuk.

2. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk menanak nasi.

3. Campurkan semua bahan-bahan di atas.

4. Lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi.

5. Perap sekejap.

6. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam tadi.

Bahan-bahan nasi:

✔4 cawan beras - dicuci bersih toskan
✔Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
✔1 senduk planta
✔5 ulas bawang putih - dikisar
✔1 inc halia - dikisar
✔2 batang serai - dititik
✔Sekuntum bunga lawang
✔3 biji buah pelaga
✔5 ulas bunga cengkih
✔Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:

1. Masukkan planta dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan-bahan untuk menanak nasi.

2. Masukkan air rebusan ayam dan beras.

3. Tanak nasik sehingga masak.

Bahan-bahan sos cili:

✔3 ulas bawang putih - dikisar
✔1 inc halia - dikisar
✔6 biji cili merah - dikisar
✔2 senduk sos cili
✔1 senduk sos tomato
✔Garam dan gula secukup rasa
✔3 sudu besar planta

Cara-cara penyediaannya:

1. Campurkan semua bahan untuk membuat sos.

2. Masak atas api dan kacau.

3. Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.

4. Perasakan dengan garam dan gula.

Bahan-bahan sos kicap:

✔1 sudu besar planta
✔2 ulas bawang putih - dikisar
✔1 inc halia - dikisar
✔1 senduk kicap manis
✔3 biji cili padi - dihiris

Cara-cara penyediaannya:

1. Tumiskan semua bahan sos kicap dgn planta.

2. Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan.

Selamat mencuba...

Comments