RESEPI NASI LEMAK BERSAMBAL KERANG

Nasi Lemak Bersambal Kerang


Bahan-bahan:

✔4 cawan beras
✔1 biji kelapa -di ambil 4 3/4 cawan santan
✔3-4helai daun pandan - dicarik dan diikat
✔Sebesar ibu jari halia - dipotong
✔1 sudu teh jintan manis  -ditumbuk sedikit
✔1/2 sudu besar garam

*Satukan semua dlm periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa...

Bahan-bahan sambal kerang:

✔3kg kerang - direbus dan dikopek amik isi
✔2 biji bawang besar - dikisar
✔1 labu bwg putih - dikisar
✔Sebesar ibu jari halia - dikisar
✔35-38tangkai cili kering - dikisar
✔2 keping asam keping
✔4 sudu besar gula pasir
✔1/2 sudu besar garam
✔1 sudu teh bahan perasa
✔1 1/2 cawan air
✔3s enduk minyak masak

Bahan-bahan hiasan:

✔1 biji bawang besar - potong bulat
✔Telur rebus
✔Timun
✔Ikan bilis goreng
✔Kacang tanah goreng

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, asam keping, gula, garam dan bahan perasa.

2. Tumis hingga naik minyak atau bertukar warna. Tutup kuali dengan tutup periuk semasa buat sambal. Api sederhana dan kacau sesekali.

3. Bila dah naik minyak. Masukkan kerang dan 1 1/2 cawan air.

4. Masukkan juga bawang besar yang di hiris bulat. Bila agak pekat tutup api.

Selamat mencuba...

Comments