RESEPI PUTU PIRING

Putu Piring

Bahan-bahan:

✔2 cawan tepung beras
✔3/4 sudu garam
✔150ml air panas
✔1/2 cawan kelapa parut - ambil yang putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam
✔1/2 cawan gula melaka - diparut
✔5-6 helai daun pandan
✔Kain muslin - kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi
✔Daun pisang - digunting 2inci persegi

Cara-cara penyediaannya:

1. Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.

2. Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan. Biar sebentar untuk mendapatakan bau pandan. Renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. Seeloknya air panas.

3. Panaskan pengukus. Griskan acuan putu dengan sedikit minyak. Tabur sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus. Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan. Biarkan putu dalam kain muslin selama seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.

4. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

Comments