RESEPI HATI LEMBU BEREMPAH

Hati Lembu Berempah

Bahan-bahan:

✔600gm hati lembu - dicelur empuk dan dipotong sederhana besar
✔1 labu bawang besar - dihiris untuk ditumis
✔1 labu bawang besar - dihiris untuk ditabur
✔1-2 tangkai cili merah - dihiris untuk ditabur
✔4 ulas bawang putih - ditumbuk
✔3cm halia - ditumbuk
✔2 sudu besar ketumbar biji - tumbuk
✔1 sudu besar jintan manis - ditumbuk
✔1sudu besar jintan halus - ditumbuk
✔Serbuk kunyit secukupnya
✔1/2 cawan air
✔Sedikit bancuhan air asam jawa
✔Garam dan gula secukupnya
✔Minyak masak untuk menumis

Cara-cara penyediaannya:

1. Gaulkan hirisan hati lembu dengan kunyit, garam dan gula.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga layu dan masukkan hati lembu. Kacau rata dan tutup kuali dengan tudung periuk.Biarkan lama agar hati lembut dan sesekali dikacau agar tidak hangus.

3. Setelah itu masukkan air bersama bancuhan air asam jawa. Boleh tambah garam sekiranya adunan rasa masih belum lengkap. Tutup semula kuali dengan tudung periuk dan renehkan hati sekali lagi sehingga benar-benar empuk. Barulah boleh masukkan hirisan cili besar dan bawang besar. Kacau lagi.

4. Tutup api apabila kuah telah pekat.

Selamat mencuba...

Comments