Paprik Campur |
Bahan-bahan:
✔Ayam / udang / sotong / - dipotong ikut saiz yang sesuai
✔Bawang putih 1 ulas
✔Bawang merah 4 ulas
✔Bawang besar 1 labu
✔2 sudu besar cili boh / cili kering - dikisar
✔Sedikit halia
✔5 helai daun limau purut
✔2 batang serai
✔2 biji tomato
✔4 -5 batang kacang buncis / kacang panjang - dipotong ikut suka anda
✔Bunga kobis - dipotong
✔Sos tiram
✔Sos cili
✔Sos tomato
✔Garam
Cara-cara penyediaannya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tumis kesemua bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili boh atau cili kering yang telah dikisar.
4. Masukkan serai yang telah diketuk, masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan pula ketiga-tiga jenis sos tadi dan masukkan garam.
6. Masukkan daun limau purut kemudian masukkan segala jenis lauk-lauk yang ada.
7. Tunggu sekejap sebelum sayur-sayur dimasukkan, kemnudian masukkan bawang besar yang telah dihiris
8. Kacau sedikit, rasa dan angkat.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment