RESEPI KEK SUSU PISANG

Resepi Kek Susu Pisang

Bahan-bahan :

✔2 cawan tepung gandum
✔1 sudu kecil baking powder
✔1 sudu kecil soda bikarbonat
✔3 sudu besar susu tepung
*ayak semua
*perhatian semua bahan diguna adalah suhu bilik jangan sejuk

4 biji pisang berangan
1 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula perang
3 biji telur
*blend semua bahan

Cara-cara penyediaan:

1. Bahan tepung diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.

2. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.

3. Alaskan loyang dengan baking paper.

4. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak.

5. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak).

6. Kalau kukus dalam 45 minit. Kalau bekas kecil dalam 15 minit kukus atau bakar 20 minit.

Selamat mencuba...

Comments